XI GROUP  |  Xing Lin TCM Centre

The Xi Group

Pada tahun 2013, sekumpulan graduan yang juga merupakan ahli perubatan yang terlatih dalam bidang Perubatan Tradisional Cina (Traditional Chinese Medicine – TCM) serta berkelulusan dari beberapa Universiti Perubatan Cina yang masyhur di negara China, telah menubuhkan Zhao Xi TCM Centre dengan tujuan untuk menambahbaikan kesihatan wanita.

Ini diikuti dengan penubuhan Xing Lin TCM Centre pada tahun 2015 yang dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan berkaitan kepada kesihatan dan peningkatan kualiti hidup. Kedua-dua pusat perubatan tersebut kini di bawah yang The Xi Group.

The Xi Group menyediakan kemudahan rawatan tradisional melalui beberapa kaedah-kaedah seperti herba tradisional, akupunktur dan moxibustion.

Cawangan Kami

Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan yang berbeza di empat buah klinik kami.

Xing Lin TCM Centre

Xing Lin TCM Centre memberi fokus kepada penyakit yang disebakan oleh gaya hidup dan berkemungkinan menjadi lebih serius jika dibiarkan berlarutan. Sebagai pakar dalam bidang pencegahan dan pengurusan penyakit, kami menyediakan penyelesaian bagi menangani masalah kesihatan masa kini seperti program pengurusan diabetes dan pengurusan kesakitan.

Xi Fertility TCM Centre

Xi Fertility adalah pusat perubatan yang menggabungkan rawatan Perubatan Tradisional Cina (TCM) dan akupunktur serta kaedah-kaedah tradisional untuk menggalakkan kehamilan secara semula jadi. Di Xi Fertility, kami mengamalkan pendekatan semula jadi untuk merawat masalah kesuburan dan menggunakan rawatan serta kaedah yang disokong oleh kajian perubatan. Persekitaran klinik ini berharmoni dan menenangkan. Kami memastikan agar anda endapat perkhidmatan berkualiti tinggi dan memuaskan hati.

Xi Slim & Beauty TCM Centre

Xi Slim & Beauty adalah pusat kecantikan yang mempraktikkan kaedah Perubatan Tradisional Cina (TCM) bagi tujuan kecantikan dan pelangsingan badan. Kami menggunakan terapi TCM yang memberi fokus kepada keseimbangan dan kawalan sistem badan. Kesihatan dalaman yang sempurna akan mempertingkatkan penampilan luaran. Program yang ditawarkan kepada setiap pelanggan dirancang mengikut keperluan khusus setiap individu.

Xi Women’s Health TCM Centre

Xi Women’s Health TCM Centre adalah pusat rawatan ginekologi untuk wanita di semua peringkat umur. Kami menggunakan kaedah Perubatan Tradisional Cina untuk menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan. Pada masa yang sama, kami memastikan agar keselesaan dan privasi pesakit sentiasa terpelihara. Antara masalah-masalah kesihatan yang dirawat di pusat kami ialah dismenorea (sakit semasa haid), kitaran haid yang tidak tetap, kemandulan dan menopaus. Disamping itu, kami juga memberi nasihat berkenaan dengan penjagaan wanita selepas bersalin.