XI GROUP  |  Xing Lin TCM Centre

Ms. Hoh Gar Ooi

Ms. Hoh Gar Ooi merupakan graduan Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam bidang Perubatan Cina dari International Medical University (IMU) dan telah selesai menjalani latihan praktikal klinikal selama 1 tahun di Shanghai Shu Guang Hospital. Sepanjang tempoh latihan klinikalnya, Ms. Hoh telah berpeluang berkhidmat di beberapa jabatan bagi mendalami ilmu perubatan Cina dan juga Barat. Di bawah tunjuk ajar Dr. Deng Wan Li (Pakar Onkologi di Shanghai Shu Guang Hospital) selama 6 bulan, Ms. Hoh telah mengembangkan minatnya dalam bidang Onkologi sambil mempraktikkan kaedah rawatan herba TCM dan akupunktur untuk menangani kesan-kesan sampingan yang berlaku semasa dan selepas prosedur kemoterapi dan radioterapi. Bidang kepakaran Ms. Hoh ialah Perubatan Dalaman TCM, rawatan kesan sampingan akibat prosedur kemoterapi dan radioterapi, serta TCM dan Akupunktur Ginekologi.