Kencing manis (diabetes), bukanlah sebenarnya penyakit yang bermula pada zaman moden. Rekod mengenainya telah ditemui dalam buku “Yellow Emperor’s Inner Canon” yang ditulis semasa tempoh yang dikenali sebagai “Warring States” (475-221 BC). Menurut petikan dalam buku tersebut, pakar-pakar perubatan dahulu berpendapat bahawa orang-orang yang mempunyai lilitan pinggang yang besar berisiko tinggi untuk menghidap penyakit kencing manis.
Patogenesis dan rawatan penyakit kencing manis juga telah direkodkan dalam “Jin Gui Yao Lue – Essential Prescriptions from the Golden Chamber”. Buku ini yang ditulis oleh Zhang Zhongjing semasa Zaman Dinasti Han Timur (25-220 AD) masih digunakan oleh pengamal perubatan masa kini sebagai rujukan dalam rawatan penyakit kencing manis.
Menurut pengamal TCM, penyakit kencing manis diakibatkan oleh pengumpulan Haba Dalaman yang berpunca daripada ketidakseimbangan sistem dalaman yang seterusnya memberikan simptom sebagai serangan patogen luar, tekanan emosi, obesiti dan organ dalaman yang lemah (elemen diwarisi).
TCM mengkategorikan penyakit kencing manis kepada empat fasa yang berbeza mengikut keadaan patologinya.
Xing Lin TCM Centre memberi fokus kepada penyakit yang disebakan oleh gaya hidup dan berkemungkinan menjadi lebih serius jika dibiarkan berlarutan. Sebagai pakar dalam bidang pencegahan dan pengurusan penyakit, kami menyediakan penyelesaian bagi menangani masalah kesihatan masa kini seperti program pengurusan diabetes dan pengurusan kesakitan.
Penggunaan Herba
Banyak kajian telah dijalankan ke atas pelbagai jenis herba yang digunakan dalam TCM dan keberkesanannya untuk merawat penyakit kencing manis. Hasil penyelidikan ini telah diterbitkan dalam jurnal bahasa Mandarin dan juga jurnal perubatan antarabangsa.
Dalam satu kajian1, herba Cina didapati mampu menurunkan tahap gula darah melalui lima mekanisme tindakan:
1 (卢兆莲(第⼆军医⼤学). 中药降糖作⽤机理的研究进展[J]. 中医药导报, 2009, 15(11): 76-78)