XI GROUP  |  Xing Lin TCM Centre

Akupunktur

Akupuntur adalah elemen pelengkap Perubatan Tradisional Cina (TCM) yang telah mula diamalkan di negara China sejak lebih 3,000 tahun dahulu. Kini, akupunktur dipraktikkan secara meluas di seluruh dunia untuk merawat pelbagai masalah kesihatan seperti insomnia dan juga untuk melegakan kesakitan.

Rawatan akupunktur melibatkan cucukan jarum halus steril pada kulit untuk merangsang titik-titik tertentu yang dikenali sebagai titik akupunktur. Cucukan jarum ini bermanfaat untuk memperbaiki keadaan klinikal atau status kesihatan pesakit, dan teknik ini merupakan salah satu elemen penting dalam TCM. Akupunktur sering digunakan bagi menangani kesakitan melalui mekanisme tindakan berikut:

  • Membebaskan bahan semula jadi dalam badan untuk menghilangkan kesakitan
  • Mengurangkan keradangan dan bengkak
  • Merelakskan otot dan menghentikan kekejangan
  • Meningkatkan pengaliran darah ke bahagian badan yang mengalami kecederaan