En. Anthony Wong

En. Anthony ialah graduan Sarjana Muda Perubatan (Akupunktur dan Urutan Terapeutik Cina) dari Universiti Perubatan Tradisional Cina (TCM) Chengdu, Chengdu, Sichuan, China pada tahun 2004.

Sekembalinya ke Malaysia, beliau bertugas sebagai pensyarah di Institut TCM Malaysia, Kuala Lumpur dari tahun 2004 hingga 2009. Pada masa yang sama, beliau juga berkhidmat sebagai Pakar Perubatan Cina untuk Klinik Bergerak SSL, Petaling Jaya, Selangor yang menyediakan perkhidmatan percuma kepada orang awam. Pada tahun 2009, beliau telah dilantik sebagai Naib Setiausaha Agung, Persatuan Perubatan Cina Malaysia.

En. Anthony memainkan peranan utama dalam penubuhan Pusat Kebajikan Perubatan MBA Cawangan KL/Selangor di Wisma Buddhist, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada tahun 2009, malah beliau juga berkhidmat sebagai Ketua Pakar Perubatan di pusat itu sehingga tahun 2013. Pada masa yang sama, beliau juga bertugas sebagai pensyarah sambilan di INTI International University dan International Medical University.

Seterusnya, pada tahun 2013, En. Anthony telah membantu Cik Yuan Ting untuk menubuhkan XI Fertility Centre (yang menawarkan perkhidmatan TCM kepada pasangan yang sedang menjalani rawatan kesuburan) sebelum menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana dalam bidang Endokrinologi di Universiti Perubatan Tradisional Cina (TCM) Chengdu, Chengdu, Sichuan, China.

Pada 2016, beliau telah dianugerahkan ijazah Sarjana Perubatan (Endokrinologi Perubatan Cina), iaitu bidang pengkhususan yang amat diminatinya. Fokus utama En. Anthony adalah dalam bidang pengurusan penyakit kencing manis dan pengurusan kesihatan berkaitan gaya
hidup.

Tidak lama selepas kembali ke tanah air, En. Anthony bertugas sebagai pensyarah di International Medical University (IMU) dan seterusnya membantu mengasaskan Pusat TCM Xing Lin yang menyediakan perkhidmatan TCM untuk pengurusan penyakit kencing manis dan pengurusan kesihatan berkaitan dengan gaya hidup.